Tuesday, March 10, 2009

Yang Manis

.Salam.


Terima Kasih diatas segalanya ...



Aku belum puas menikmati kebahagiaan Ya ALLAH ..
hapuskan lah segala senarai kemusnahan untuk ku, aku bermohon agar kau hapuskanya...
bukan niat untuk menolak qada' dan qadarmu, Cumanya aku masih belum bersedia
untuk keranapan dan kekecewaan seperti yang lepas .. Terima Kasih sekali lagi atas segalanya
aku teramatlah mensyukurinya sehingga ke titisan nyawa yang terakhir ...


* Terasa diri begitu hebat kerna saban hari ada yang menyanjung dan menjadi tulang belakang kehidupan kini. Aku lebih tenang dengan kehidupan sekarang, Alhamdulillah.. Didalam hati sentiasa berdoa agar berkekalan segalanya. Tanggungjawab semakin berat, semuanya untuk mencari keredhaan ilahi, Pasti aku bisa demi insan tercinta yang bergelar suami.

* Bangun dari tidur terlihat sekujur tubuh si suami yang tidur didalam senyum .. Didalam hati bertanya adakah kau merasa bahagia seperti aku ? * Senyum sendiri kerana terpaksa menjawab sendiri * huhu .. Terlihat matanya separa terbuka sambil tangan mencari2 sesuatu di sebelahnya.. *aku senyum lagi*
Berbaring semula sambil membiarkan diri dipeluk erat olehnya.. Bersyukur kepada tuhan kerna memberikan aku suami terbaik tak terjangkau dek akal fikiranku sebelum ini .. Airmata suam masin menetes lagi.. Alhamdulillah ..

No comments:

Post a Comment