Monday, March 9, 2009

Hari Bahagia

. Salam .

Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim ..

Tuhan yang maha Agung, tuhan yang maha kuasa tuhan yang menentukan segala2nya..
Kita hanya mampu merancang dialah penentu..
Alhamdulillah diatas segala ketentuan keatas diri ku Ya ALLAH

Hambamu ini menerima dengan segala redha sambil mendepangkan dada tanda bahagia dgn nikmatmu :-)

Peringatkanlah ku selalu Ya ALLAH akan kesilapan ku agar aku cepat tersedar dari lalai terhadapmu, kesyukuran
diatas segala nikmat2 yang telah kau kurniakan sesungguhnya seharusya aku mensyukuri
sepanjang umurku ..


*Detik 1030 am 24 January*

Aku telah selamat diijabkabulakan.. Alhamdulillah diatas segalanya, Majlis berjalan dengan lancar walau ada
sedikit kekalutan .. ahh, itu adalah biasa bagi majlis seperti ini.. pasti ada sedikit perkara yang
menjengkelkan tetapi dapat tercover.. (huhu) * maaf sedikit terpesong tentang penggunaan ayat*

Sorotan daripada detik/tarikh/hari itu :-)


* Bangun seawal 6 pagi, membersihkan diri, tanpa henti memohon dari ALLAH agar semuanya lancar, sangat berharap agar aku didalam keadaan stabil dalam memulakan hari yang akan menjadi hari sejarah sampai mati

** Aku menitiskan airmata tanpa henti sejak awal melabuhkan punggung di dalam masjid

( seumpama mau pergi berperang )

** Hati sentiasa diserang ketakutan memikirkan masa depan selepas detik lafaz "sah" disebutkan oleh saksi
( tahap dewa takut ) ( Tidak pasti dengan dugaan yang bakal mendatang selepas ini )
airmata kembali laju. Muka dan mekap menjadi sangat burok .
Tidak pedulikan mata2 yang melihat, photographer, keluarga pihak lelaki,
ayah mentua yg duduk bertentangan,abaikan, yang penting aku mau nangis sekuat hati
kerana tiada lagi 'ibu' 'ayah' yang
sentiasa melayan kerenahku, terlalu cengeng, gembel utk bahasa jawa .. huhu
( suamiku belum tentu dapat berikan yang terbaik untuk ku .. damn !! syaitan mula bermaharaja lela )
tapi aku tidak paham ya Allah kenapa air mata tidak mahu berhenti menitis ? haih .. terlalu murah airmata ku
( sampai tercabut bulu mata palsu.. )


** Selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz
diiringi kucupan pertama untukku di dahi setelah bergelar isteri
( Alhamdulillah tapii ... suamiku harus melihat kiri kanan sebelum memberikan kucupan itu
kerana malu dilihat orang, * Masih kurang paham beliau begitu nerbes ketika itu * haih


aku bahagia sehingga ketarikh ini.. Terima Kasih Ya ALLAH , kekalkanlah kebahagiaanku



Permualaan baru buatku untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri, seorang khalifah dimuka bumi ALLAH, menjadi yang terbaik untuk membahagiakan mereka2 yang disayangi . Ya ALLAH berilah aku kekuatan dalam melayari bahtera rumahtangga ini, sesunggunya aku bersyukur terhadapmu ya ALLAH di atas kurniaan mu yang tidak terhingga ini .. aminn ..

Dari sudut hati kecilku Ya ALLAH, sangat berharap akan segalanya boleh merubah kehidapanku yang sebelum ini penuh dengan airmata kehancuran .. Insya ALLAH dengan sedikit kekuatan jiwa apa pun yang terjadi , pasti aku berjalan tanpa henti.. Yang pasti aku sangat menikmati kebahagiaan yang kau kurniakan Ya ALLAH..

* Sungguh Aku Cinta Kamu *

No comments:

Post a Comment